MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-11, 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG GELAM, KUALA TERENGGANU.

Tarikh                    : 11  April 2014 ( 11 Jamadil Akhir  1435H )
Masa                     : 9.00 pagi
Tempat                : Dewan Seri Gelam, Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam
Kehadiran           : 188  orang
Turut Hadir         : 1. Y.B.Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd.Rahman,D.P.M.T., S.M.Z
                                   Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Dan Inovasi;
                                      Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Negeri, merangkap ADUN Kawasan Seberang Takir.
                                  2. En.Rosdi bin Jusoh
                                      ( Tn.Guru Besar SK Tanjung Gelam )
                                  3. Tn.Haji Sidek bin Abu Bakar
                                      ( Pengerusi JKKK Banggol / Gong Pak Jin )
Tertib Majlis

1.       Bacaan doa oleh Y.Bhg.Ustaz Roslan bin Omar.
2.       Bacaan Al-Quran oleh Nur Sofia Fakihah binti Ahmad Bukhari.

3.       Ucapan aluan Pengerusi Majlis (Pn.Hjh.Che Jaharah bt Che Mat)

3.1. Ucapan salam dan selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG  kali ke-11,2014 kepada Y.B.Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd.Rahman EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, merangkap ADUN Kawasan Seberang Takir, Yang Berusaha En.Rosdi bin Jusoh  (Guru Besar), Y.M.Haji Sheikh Ahmad Tajuddin bin Sh.Yusof (YDP.PIBG) dan AJK PIBG, Tn.Haji Sidek bin Abu Bakar (Pengerusi JKKK Banggol/Gong Pak Jin), Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru, serta para ibu bapa yang hadir.
3.2.Keramaian  ibu bapa hadir pada Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ini menunjukkan
       komitmen dan kecaknaan ibu bapa atau penjaga terhadap kemajuan dan kejayaan 
       pelajaran anak-anak di Sekolah Kebngsaan Tanjung Gelam. 

4.       Ucapan Tuan Guru Besar (En.Rosdi bin Jusoh)

4.1. Ucapan salam dan selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG  kali ke-11,2014 kepada Y.B.Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd.Rahman EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, merangkap ADUN Kawasan Seberang Takir, Y.M.Haji Sheikh Ahmad Tajuddin bin Sh.Yusof (YDP.PIBG) dan AJK PIBG, Tn.Haji Sidek bin Abu Bakar (Pengerusi JKKK Banggol/Gong Pak Jin),               Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru, serta para ibu bapa yang hadir.

4.2.  Tn.Guru Besar memperkenalkan Guru-Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan              Tanjung Gelam iaitu
a.       Pn.Masitah binti Ibrahim (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
b.      Pn.Siti Salwana binti Halim (Guru Penolong Kanan HEM)
c.       Y.M.Syed Fadzil bin Syed Jonid (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

4.3. Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam dibuka pada 1 Mac 2001 dan kini berusia 13 tahun.

4.4. Keramaian murid terkini seramai 401 orang (Termasuk murid Pra Sekolah). Keramaian guru seramai 32 orang. Seramai 4 orang guru praktikum daripada IPGKT dan 4 orang guru praktikum daripada UniSZA sedang menjalani latihan di SK.Tanjung Gelam.

4.5. Kelas Pendidikan Khas SK Tanjung Gelam yang dicadangkan oleh JPNT dapat dibuka pada tahun ini.Dua orang guru telah ditempatkan di SK.Tanjung Gelam. Ibubapa atau penjaga yang ada murid  bermasalah dalam pelajaran bolehlah datang dan merujuk kepada dua orang guru terlibat iaitu En.Abdullah bin Hassan dan Pn.Badariah bt Husin.

4.6. Beberapa program peningkatan pencapaian UPSR sedang dan telah dilaksanakan sehingga bulan April  2014 ini. Kelas tambahan petang bermula jam 1.30 petang hingga 2.30 petang pada hari persekolahan (Ahad hingga khamis) sedang dilaksanakan untuk murid Tahun 5 dan tahun 6.Program Motivasi Murid Tahun 6(Pengurusan Masa) oleh pelajar Unit Bimbingan Dan Kaunseling UMT telah dijalankan.  Harapan beliau, pencapaian UPSR tahun ini akan lebih baik dan cemerlang .

4.7.  Tn.Guru Besar memohon kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga murid SK Tanjung Gelam supaya kehadiran anak-anak ke sekolah setiap hari tidak lewat jam 7.30 pagi.


5.       Ucapan  YDP.PIBG (Y.M.Haji Sheikh Ahmad Tajuddin bin Sh.Yusof)

5.1. Ucapan salam dan selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG  kali ke-11,2014 kepada Y.B.Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd.Rahman EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, merangkap ADUN Kawasan Seberang Takir, Yang Berusaha En.Rosdi bin Jusoh  (Guru Besar), Tn.Haji Mohd Zulkifli bin Abdul Aziz (Naib.YDP.PIBG) dan AJK PIBG, Tn.Haji Sidek bin Abu Bakar (Pengerusi JKKK Banggol/Gong Pak Jin), Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru, serta para ibu bapa yang hadir.

5.2. Kehadiran para ibu bapa kali ni sangat membanggakan. Keadaan ini menyuntik semangat PIBG untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan anak-anak kita.

5.3. Mesyuarat Agung PIBG kali ini tiada pemilihan Ahli Jawatankuasa.Harapan beliau, Ahli Jawatankuasa PIBG yang ada terus memberi komitmen dan bekerjasama dengan para ibu bapa dan pihak sekolah bagi mencapai kejayaan aak-anak kita.

5.4. Kesedaran pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan oleh ibu bapa amat penting untuk kejayaan anak-anak.

5.5. Beliau mencadangkan setiap orang guru SK Tanjung Gelam mengambil 2 orang murid tahun 6 bagi dijadikan anak angkat untuk memberi bimbingan dan perhatian khusus dalam pelajaran.

Tindakan : Tn.Guru Besar, GPK.Pentadbiran, dan Penyelaras UPSR.

5.6. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Y.B.Dato’, Tn.Guru Besar dan guru-guru atas usaha dan sumbangan bagi membantu mencapai kecemerlangan anak-anak di SK.Tanjung Gelam.
  

6.       Ucapan Perasmian Y.B.Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd.Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Dan Inovasi; Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Negeri merangkap ADUN Kawasan Seberang Takir).

6.1. Ucapan salam dan terima kasih  kepada Y.M.Haji Sheikh Ahmad Tajuddin bin Sh.Yusof (YDP.PIBG), Yang Berusaha En.Rosdi bin Jusoh  (Tn.Guru Besar), Tn.Haji Sidek bin Abu Bakar (Pengerusi JKKK Banggol/Gong Pak Jin), AJK.PIBG, Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru, serta para ibu bapa yang hadir.

6.2. Ucapan tahniah kepada PIBG dan pihak sekolah dengan sokongan ibu bapa kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11, 2014.

6.3. Kuasa politik di Parlimen Kuala Nerus telah bertukar kepada pihak pembangkang. Tinggal DUN Seberang Takir sahaja masih dikuasai UMNO/BN. Apabila keadaan ini berlaku, rakyat khususnya di Parlimen Kuala Nerus akan menerima hakikat kesusahan dan kesulitan yang akan dihadapi.

6.4. Beliau memaklumkan, insyaallah kewujudan Daerah Kuala Nerus akan diluluskan oleh kerajaan pusat. Wujudnya Daerah Kuala Nerus nanti akan memberi banyak peluang pekerjaan dan kemudahan kepada penduduk setempat.

6.5. Telah banyak usaha kerajaan untuk membantu orang-orang Melayu Islam khususnya di bidang pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu Islam berjaya dan kuat.

6.6. Harapan Y.B.Dato’ supaya orang Melayu berlainan politik bersatu demi agama, bangsa dan negara. Pastikan kelangsungan ketuanan orang Melayu Islam terus kekal di tanah air sendiri.

6.7. Y.B.Dato’ mengajak rakyat di DUN Kawasan Tepoh khususnya supaya bersatu dan berganding bahu dengan wakil pemerintah UMNO/BN demi kebaikan, kesejahteraan dan kekuatan orang Melayu Islam di tanah air sendiri.

6.8. Y.B.Dato, telah meluluskan bantuan pentadbiran PIBG SK.Tanjung Gelam sebanyak RM2000.00 (RM:Dua Ribu Sahaja) dan bantuan Kem Kecemerlangan UPSR,2014 SK.Tanjung Gelam sebanyak RM1000.0 (RM: Satu Ribu Sahaja). Jumlah semua RM3000.00 (RM:Tiga Ribu Sahaja).

6.9. Diakhir ucapan, Y.B.Dato’ merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK.Tanjung Gelam                kali ke-11,2014.


Tertib Mesyuarat Agung PIBG SK.Tanjung Gelam

1.       Ucapan Pengerusi (Tn.Haji Sheikh Ahmad Tajuddin bin Sh.Yusof)).

1.1. Ucapan terima kasih  kepada Tn.Guru Besar, AJK.PIBG, guru-guru dan para ibu bapa yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11, 2014.
1.2. Pengerusi mengumumkan kehadiran ibu bapa seramai 188  orang. Harapan pengerusi Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan sebarang cadangan  akan memberi manafaat dan kebaikan kepada PIBG. SK.Tanjung Gelam.

2.       Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

2.1. Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10,                          pada 5 April 2013  sebagaimana lampiran edaran.
2.2. Pengerusi meminta Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10, 2013 disahkan.
Cadangan oleh : En.Anua bin Wahab
Sokongan oleh : En.Azhar bin Embong
Majlis  sebulat suara menerima.

3.       Perkara-perkara berbangkit.

3.1. Pembinaan penghadang  kaki jalan di jalan masuk ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam sedang dalam pembinaan oleh JKR.
Tindakan : Makluman ibu bapa.
3.2. Sarana Ibu Bapa merupakan inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. Salah satu usaha berterusan pihak sekolah ialah melibatkan ibu bapa yang berkemahiran bertugas di IPTA berhampiran seperti UMT dan UniSZA.Tn.Guru Besar memaklumkan pelajar SK Tanjung Gelam telah dijadikan anak angkat oleh UniSZA dan UMT. Antara program yang telah dijalankan ialah kursus LADAP guru-guru SK Tanjung Gelam di UniSZA dan Program Motivasi dan pembinaan sahsiah kepada murid-murid tahun 6 oleh  mahasiwa mahasiswi Fakulti Bimbingan dan Kaunseling  UMT.    
Tindakan : Tn.Guru Besar, YDP.PIBG dan ibu bapa.

4.       Membentang laporan kegiatan dan kemajuan bagi tahun 2013 – 2014.
Setiausaha membentangkan kegiatan dan kemajuan PIBG tahun 2013– 2014           sebagaimana lampiran edaran.

5.       Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG, 2013.
Pn. Siti Salwana bt Halim(GPK.HEM) selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2013  sebagaimana lampiran edaran.

Ringkasan laporan kewangan:
Jumlah Pendapatan                                = RM8523.67
Jumlah Perbelanjaan              = RM5014.00
Baki di Bank (BSN )                  = RM3209.67
Baki  pada Bendahari              = RM300.00

Cadangan sah oleh : En.Burhanundin bin Abdullah
Sokongan oleh : En. Anua bin Wahab                                                                                               Majlis sebulat suara menerima.

6.       Ucapan Penangguhan

6.1.  En.Burhanundin bin Abdullah mencadangkan supaya AJK.PIBG dan para ibu bapa berusaha menambah tabungan PIBG.
Tindakan : YDP.PIBG dan AJK.
6.2. En.Burhanundin bin Abdullah mencadangkan diadakan program asuhan berfokus terhadap murid-murid bermasalah disiplin.
Tindakan : Tn.Guru Besar dan YDP.PIBG.
6.3. En.Mohd Nordin bin Ibrahim memohon kemaafan atas kejadian melibatkan dirinya dengan pengadil dalam pertandingan bolasepak peringkat zon antara pasukan SK.Tanjung Gelam dengan pasukan SK.Tok Jembal baru-baru ini. Beliau juga mengusulkan pihak sekolah menghantar guru-guru berminat menyertai kursus pengadilan khususnya bola sepak.
Tindakan ; Tn.Guru Besar dan GPK.Kokurikulum.
6.4. Yang DiPertua PIBG mencadangkan pihak sekolah mengadakan anugerah olahragawan dan olahragawati kepada murid-murid yang aktif  dan berjaya  dalam sukan dan permainan diakhir tahun.
        Tindakan ; Tn.Guru Besar dan GPK.Kokurikulum.
6.5. Y.M. Syed Fadzil bin Syed Jonid (GPK.Kokurikulum) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En.Mohd Nordin bin Ibrahim (Pak Din) kerana telah memberi sumbangan tiga set pakaian bola sepak  kepada pasukan bola sepak SK Tanjung Gelam. Beliau juga memaklumkan masalah Pak Din dengan pengadil dalam perlawanan bola sepak baru-baru ini telah diselesaikan dengan baik.
Tindakan : Makluman AJK.PIBG dan ibu bapa.

7.       Mesyuarat ditangguhkan

7.1. Pengerusi merakamkan ucapan tahniah  dan terima kasih kepada Tn.Guru Besar, AJK.PIBG, guru-guru dan semua ibubapa yang hadir kerana dapat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11, 2014.
7.2. Sebarang masalah melibatkan anak-anak dengan guru-guru, ibu bapa diminta berbincang dengan pihak sekolah bagi menyelesaikannya.
7.3. Ibu bapa dipohon dapat memberi  sokongan padu kepada  pihak sekolah bagi menjayakan sebarang program supaya matlamat kecemerlangan pelajar  tercapai.
7.4. Harapan beliau Visi SK Tanjung Gelam menjadikan sekolah cemerlang pada tahun 2015 akan tercapai.

Mesyuarat  Agung PIBG kali ke-11, 2014 ditangguhkan oleh Pengerusi pada                          jam 12.15 tengah hari.


Disediakan oleh,                                                               Disemak oleh,



( HJ.MAT ZAHIB BIN MAT ALI )                                          ( YM.HJ.SHEIKH AHMAD TAJUDDIN B. SH.YUSOF)
Setiausaha PIBG                                                               Yang Di-Pertua PIBG,
SK.Tanjung Gelam,                                                          SK.Tanjung Gelam,
Kuala Terengganu.                                                          Kuala Terengganu.


Bertarikh : 15  April 2014

No comments:

Post a Comment